Adakah Tuhan yang Menciptakan Si Iblis?
Jawapan Bible
Bible menyatakan bahawa Tuhan tidak menciptakan Si Iblis. Sebaliknya, Dia telah menciptakan makhluk yang kemudiannya menjadi Si Iblis. Mengenai Tuhan, Bible menjelaskan, “Segala haluan-Nya sempurna dan saksama. Dia Tuhan yang setia dan tidak berat sebelah; Dia Tuhan yang adil dan benar.” (Ulangan 32:3-5) Daripada kata-kata itu, kita dapat menyimpulkan bahawa Syaitan Si Iblis dahulunya merupakan salah satu malaikat Tuhan yang sempurna, adil, dan benar.
Di Yohanes 8:44, Yesus berkata bahawa Si Iblis “tidak berpegang teguh pada kebenaran.” Maksudnya, Syaitan merupakan makhluk yang jujur dan tidak bercela untuk suatu ketika.
Namun, seperti semua ciptaan Yehuwa yang mempunyai akal fikiran, malaikat yang telah menjadi Syaitan itu diberi kebebasan untuk memilih antara yang betul dan salah. Oleh sebab dia memilih untuk menentang Tuhan dan menghasut pasangan manusia yang pertama untuk mengikut haluannya, malaikat itu menjadikan dirinya Syaitan, yang bermaksud “Penentang.”—Kejadian 3:1-5; Wahyu 12:9.