Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu?
Jawapan Bible
Ya, kerana Tuhan mahu umat-Nya berkumpul bersama untuk beribadat. Bible menyatakan, “Marilah kita memperhatikan satu sama lain supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik. Janganlah abaikan perjumpaan kita.”—Ibrani 10:24, 25.
Yesus menyatakan bahawa para pengikutnya akan membentuk satu kumpulan yang diorganisasikan dengan baik. Dia berkata, “Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamulah murid-muridku.” (Yohanes 13:35) Untuk saling mengasihi, pengikut Kristus perlu bergaul dengan satu sama lain. Mereka akan berkumpul secara tetap untuk beribadat dan kumpulan itu dipanggil sidang. (1 Korintus 16:19) Sidang-sidang itu membentuk persaudaraan sedunia.—1 Petrus 2:17.
Mengapakah tidak cukup untuk menyertai suatu kumpulan agama?
Walaupun Bible menyatakan bahawa kita perlu berkumpul untuk menyembah Tuhan, seseorang tidak dapat menyenangkan hati Tuhan dengan sekadar menjadi ahli suatu kumpulan agama. Untuk mendapat perkenan Tuhan, kehidupan harian seseorang perlu dibimbing oleh ajaran agamanya. Contohnya Bible menyatakan, “Di mata Tuhan, Bapa kita, inilah agama yang murni dan suci: Menjaga anak yatim dan balu yang menderita, dan memastikan diri tidak dicemari oleh dunia ini.”—Yakobus 1:27, nota kaki.