Lompat ke kandungan

8 NOVEMBER 2019
FILIPINA

Manila, Filipina—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Manila, Filipina—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 1-3 November 2019

  • Lokasi: Mall of Asia Arena dan SMX Convention Center di Manila, Filipina

  • Bahasa: Inggeris, Tagalog

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 26,245

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 145

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 5,397

  • Cawangan yang Dijemput: Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australasia, Eropah Tengah, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakhstan, Kepulauan Solomon, Madagascar, Malaysia, Myanmar, Papua New Guinea, Perancis, Sri Lanka, Taiwan, Thailand

  • Pengalaman Tempatan: Rogelio Jolongbayan, seorang pengurus dalam hal perhubungan pelanggan di Mall of Asia Arena, berkata, “Pertama kali kami berurusan dengan sekumpulan orang yang begitu berdisiplin. Kami sangat gembira kamu dapat menggunakan arena ini.”

    Nolasco Bathan, seorang brigedier jeneral dan pengarah polis di daerah selatan, berkata, “Para wakil dari luar negara beratur semasa memasuki arena. Sebenarnya kami tidak diperlukan di sana kerana semuanya berjalan dengan teratur sekali!”

    Teofilo Labe Jr., seorang pengurus pengawal keselamatan di Manila Hotel, ditugaskan untuk memantau pengaturan para wakil sebelum mereka menyertai rombongan lawatan. Selepas memerhatikan pengaturan yang dibuat, dia berkata, “Jika saya diminta untuk menilai cara kamu mengaturkan pelepasan dari hotel, . . . saya akan kata semuanya berjalan dengan sungguh baik. Kumpulan kamu sangat teratur.”

 

Saudara saudari tempatan mengalu-alukan kedatangan para pelawat ke Bethel Filipina

Saudara saudari mengedarkan jemputan sebelum konvensyen diadakan

Sebelum konvensyen bermula, empat orang wakil pejabat cawangan menjawab soalan semasa persidangan akhbar

Hadirin berada di luar tapak konvensyen

Para wakil dari luar negara dan penyiar tempatan mengambil gambar bersama-sama

Saudara saudari menyanyikan lagu rohani semasa konvensyen

Dua calon sedang dibaptis pada hari Sabtu

Saudara Mark Sanderson, seorang ahli Badan Pimpinan, sedang menyampaikan ceramah penutupan pada hari Sabtu

Pada hari terakhir konvensyen, para pekhidmat khas sepenuh masa dari luar negara berkumpul di atas dan di sekeliling pentas bersama Saudara Sanderson

Semasa acara ramah-tamah pada sebelah malam, saudara saudari mempersembahkan tarian tradisional yang dikenali sebagai Tinikling