Amsal 15:1-33
15 Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan,+Tetapi kata-kata yang pedas* membangkitkan kemurkaan.+
2 Orang bijak berkata-kata berdasarkan pengetahuan,+Tetapi orang bebal mengucapkan kata-kata yang bodoh.
3 Yehuwa nampak apa yang berlaku di merata tempat;Dia memerhatikan orang baik dan orang jahat.+
4 Kata-kata yang menenangkan bagaikan pokok kehidupan,+Tetapi kata-kata yang berputar belit mematahkan semangat.
5 Orang bodoh meremehkan disiplin bapanya,+Tetapi orang bijak menerima teguran.+
6 Rumah orang baik mengandungi banyak harta,Tetapi apa yang diperoleh orang jahat mendatangkan kesusahan kepada dirinya sendiri.+
7 Orang bijak menyebarkan pengetahuan,+Tetapi orang bodoh tidak berminat untuk berbuat demikian.+
8 Korban orang jahat dibenci oleh Yehuwa,+Tetapi doa orang baik diperkenankan-Nya.+
9 Yehuwa sangat membenci orang jahat dan haluan mereka,+Tetapi Dia mengasihi orang yang berusaha melakukan apa yang benar.+
10 Disiplin nampaknya buruk* bagi orang yang meninggalkan haluan yang benar,+Dan orang yang membenci teguran akan mati.+
11 Kuburan* dan jurang kemusnahan* terbentang di depan mata Yehuwa,+
Apatah lagi hati manusia!+
12 Orang yang angkuh* tidak mengasihi orang yang menegurnya;*+
Dia tidak akan meminta nasihat daripada orang bijak.+
13 Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri,Tetapi kepedihan hati mematahkan semangat.+
14 Orang yang mempunyai hati yang berpengertian mencari pengetahuan,+Tetapi orang yang bodoh mengejar kebodohan.+
15 Bagi orang yang menderita,* kehidupan sentiasa dipenuhi kesengsaraan,+Tetapi bagi orang yang ceria, kehidupan sentiasa dipenuhi kegembiraan.*+
16 Lebih baik berkekurangan dan takut akan Yehuwa,+Daripada berkelimpahan dan berasa khuatir.+
17 Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih,+Daripada makan daging lembu yang gemuk tetapi disertai kebencian.+
18 Orang yang panas baran menimbulkan persengketaan,+Tetapi orang yang lambat marah meredakan pertengkaran.+
19 Jalan orang malas seperti semak berduri,+Tetapi haluan orang yang tulus hati seperti jalan yang rata.+
20 Anak yang bijak menyenangkan hati bapanya,+Tetapi anak yang bodoh menghina ibunya.+
21 Orang yang kurang pengertian suka akan kebodohan,+Tetapi orang yang mempunyai daya penilaian mengikut haluan yang betul.+
22 Rancangan gagal jika tiada perbincangan,Tetapi rancangan berjaya jika disertai banyak penasihat.+
23 Seseorang bersukacita kerana mengucapkan kata-kata yang baik;+Alangkah baiknya kata-kata yang diucapkan tepat pada waktunya!+
24 Orang yang berpengertian mengambil jalan mendaki yang menuju kehidupan,+Dan menghindari jalan yang turun ke Kuburan.*+
25 Yehuwa akan merobohkan rumah orang yang angkuh,+Tetapi Dia akan melindungi sempadan tanah seorang balu.+
26 Yehuwa amat membenci rancangan orang jahat,+Tetapi Dia suka akan kata-kata yang menyenangkan.+
27 Orang yang mengaut keuntungan secara tidak jujur membawa padah* kepada rumah tangganya,+Tetapi orang yang membenci rasuah akan terus hidup.+
28 Orang baik berfikir secara mendalam sebelum menjawab,*+Tetapi orang jahat mengucapkan kata-kata yang keji.
29 Yehuwa jauh daripada orang yang berbuat jahat,Tetapi Dia mendengar doa orang yang berbuat benar.+
30 Wajah yang berseri-seri menggembirakan hati;Berita yang baik memberikan semangat.+
31 Orang yang mendengarkan teguran yang membawa kehidupan,Tergolong bersama orang yang bijak.+
32 Orang yang menolak disiplin tidak menghargai nyawanya,+Tetapi orang yang mendengarkan teguran akan memperoleh pengertian.+
33 Rasa takut akan Yehuwa melatih seseorang menjadi bijak,+Dan kerendahan hati akan mendatangkan kemuliaan.+
Nota Kaki
^ Atau “yang menyakitkan hati.”
^ Atau “tegas.”
^ Atau “yang suka mencemuh.”
^ Atau “membetulkannya.”
^ Atau “muram.”
^ Atau “kehidupan seperti menikmati jamuan setiap hari.”
^ Atau “malu.”
^ Atau “Orang baik mempertimbangkan cara untuk menjawab.”