Mazmur 20:1-9
-
Penyelamatan bagi raja yang diurapi Tuhan
-
Orang bergantung pada kuda dan kereta kuda; kami menyeru nama Yehuwa (7)
-
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
20 Semoga Yehuwa mengabulkan doamu sewaktu kamu* dalam kesusahan.
Semoga Tuhan Yakub melindungimu sewaktu kamu menyeru nama-Nya.+
2 Semoga Dia memberi kamu bantuan dari tempat yang suci,+Dan menyokong kamu dari Sion.+
3 Semoga Dia mengingati semua persembahan yang kamu berikan;Semoga Dia menerima korban bakar daripada kamu dengan senang hati. (Selah)
4 Semoga Dia menunaikan keinginan hatimu+Dan menjayakan segala rancanganmu.
5 Kita akan bersorak dengan gembira kerana penyelamatan daripada Tuhan;+Kita akan mengangkat panji-panji untuk memuliakan nama Tuhan kita.+
Semoga Yehuwa mengabulkan semua permintaanmu.
6 Sekarang aku tahu bahawa Yehuwa menyelamatkan orang yang diurapi-Nya.+
Dari tempat suci-Nya di syurga, Dia mengabulkan doa orang itu.Dia memberikan penyelamatan* dengan tangan kanan-Nya.+
7 Ada orang bergantung pada kereta kuda mereka, yang lain pula pada kuda mereka,+Tetapi kita akan menyeru nama Yehuwa, Tuhan kita.+
8 Mereka telah tersandung dan jatuh,Tetapi kita telah bangkit dan berdiri teguh.+
9 Semoga Yehuwa menyelamatkan raja!+
Dia akan menjawab seruan kita ketika kita berseru meminta tolong.+
Nota Kaki
^ Kata-kata dalam ayat 1-5 nampaknya diucapkan oleh rakyat kepada raja.
^ Atau “kemenangan.”