Mazmur 77:1-20
Untuk pengarah muzik; diserahkan kepada Yedutun.* Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.
77 Aku berseru kepada Tuhan dengan suaraku.Ya, aku akan berseru kepada Tuhan, dan Dia akan mendengarkan aku.+
2 Dalam kesusahanku, aku mencari-cari Yehuwa.+
Pada waktu malam, aku menadahkan tanganku untuk berdoa kepada-Nya tanpa henti.
Jiwaku tidak mendapat ketenangan.
3 Ketika aku teringat akan Tuhan, aku mengeluh;+Aku resah dan tidak bermaya.+ (Selah)
4 Engkau menahan kelopak mataku;Aku runsing dan tidak dapat bercakap.
5 Aku terkenang akan masa silam,+Aku teringat akan tahun-tahun yang sudah lalu.
6 Pada waktu malam, aku teringat akan laguku;*+Aku merenung dalam hatiku,+
Dan aku mencari dengan tekun.
7 Adakah Yehuwa menolak kita selama-lamanya?+
Adakah Dia tidak berkenan lagi kepada kita?+
8 Adakah kasih setia-Nya terhadap kita sudah lenyap selama-lamanya?
Adakah Dia tidak akan memenuhi janji-Nya buat selama-lamanya?
9 Adakah Tuhan sudah lupa untuk menunjukkan perkenan-Nya?+Atau adakah Dia murka sehingga Dia tidak lagi menunjukkan belas kasihan? (Selah)
10 Patutkah aku asyik berkata, “Aku resah kerana+
Yang Maha Tinggi tidak lagi menghulurkan bantuan”?
11 Aku akan mengingati perbuatan-perbuatan Yah;Aku akan mengenang perbuatan menakjubkan yang Engkau lakukan pada zaman dahulu.
12 Aku akan merenungkan perbuatan-Mu,Dan aku akan merenungkan segala yang telah Engkau lakukan.+
13 Ya Tuhan, segala perbuatan-Mu suci.
Tuhan manakah yang agung seperti Engkau?+
14 Engkaulah Tuhan yang benar, yang telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+
Engkau telah menunjukkan kekuatan-Mu kepada semua orang.+
15 Dengan kuasa-Mu, Engkau telah menyelamatkan* umat-Mu.+Ya, Engkau telah menyelamatkan keturunan Yakub dan Yusuf. (Selah)
16 Ya Tuhan, air telah melihat Engkau.Air melihat Engkau lalu menjadi takut.+
Bahkan lautan yang dalam juga gementar.
17 Awan mencurahkan air.
Guruh mengguntur di langit mendung,Dan anak-anak panah-Mu berterbangan ke semua arah.+
18 Deruman guruh-Mu+ seperti bunyi roda-roda kereta kuda;Pancaran kilat menerangi bumi yang berpenduduk;+Bumi bergoncang dan bergegar.+
19 Engkau berjalan melalui lautan,+Engkau melintasi lautan yang dalam;Tetapi jejak kaki-Mu tidak kelihatan.
20 Dengan tangan Musa dan Harun,+Engkau menuntun umat-Mu yang bagaikan kawanan bebiri.+