Wahyu yang Diterima oleh Yohanes 13:1-18
13 Naga itu berdiri di pantai.
Kemudian aku nampak seekor binatang buas+ keluar dari laut.+ Binatang buas itu mempunyai 10 tanduk dan 7 kepala. Pada setiap tanduk ada sebuah mahkota dan pada setiap kepalanya ada tertulis nama-nama yang menghina Tuhan.
2 Binatang buas yang aku nampak kelihatan seperti seekor harimau bintang, tetapi kakinya seperti kaki seekor beruang, dan mulutnya seperti mulut seekor singa. Naga+ itu memberi binatang tersebut kekuatannya, takhtanya, dan kuasa yang besar.+
3 Aku nampak salah satu kepalanya dicederakan dengan parah. Namun, luka yang membawa maut itu sudah sembuh,+ dan seluruh penduduk bumi berasa kagum terhadap binatang buas itu lalu mengikutnya.
4 Mereka menyembah naga itu kerana naga itulah yang memberikan kuasa kepada binatang buas itu. Mereka menyembah binatang buas itu dengan berkata, “Siapakah yang bagaikan binatang buas itu, dan siapakah yang dapat berperang melawannya?”
5 Binatang buas itu diberi sebuah mulut yang membolehkannya bercakap besar dan mengatakan hal-hal yang menghina Tuhan. Binatang itu juga diberi kuasa untuk bertindak selama 42 bulan.+
6 Binatang itu membuka mulutnya untuk menghina+ Tuhan. Binatang itu menghina nama Tuhan, tempat kediaman Tuhan, dan bahkan mereka yang tinggal di syurga.+
7 Binatang itu dibenarkan untuk berperang melawan umat suci Tuhan dan mengalahkan mereka.+ Binatang itu diberi kuasa atas setiap suku, kaum, bahasa, dan bangsa.
8 Semua orang yang tinggal di bumi akan menyembahnya. Sejak dunia diasaskan,* tiada satu pun daripada nama mereka ditulis dalam kitab kehidupan+ yang dimiliki oleh Anak Bebiri yang sudah disembelih itu.+
9 Hendaklah orang yang bertelinga mendengar.+
10 Jika seseorang harus ditawan, dia akan ditawan. Jika seseorang membunuh dengan pedang,* dia mesti dibunuh dengan pedang.+ Itulah sebabnya umat suci Tuhan+ perlu bertabah+ dan beriman.+
11 Kemudian aku nampak seekor lagi binatang buas yang keluar dari dalam bumi. Binatang ini mempunyai dua tanduk seperti tanduk seekor anak biri-biri, tetapi binatang ini bercakap seperti seekor naga.+
12 Di hadapan binatang buas yang pertama, binatang ini menggunakan semua kuasa binatang buas yang pertama+ untuk membuat bumi dan semua penduduk bumi menyembah binatang buas yang pertama, iaitu binatang yang sudah sembuh daripada lukanya yang membawa maut.+
13 Binatang ini juga melakukan tanda-tanda yang luar biasa dan bahkan menurunkan api dari langit ke bumi di hadapan semua orang.
14 Binatang ini diizinkan untuk melakukan tanda-tanda di hadapan binatang buas yang pertama. Dengan tanda-tanda itu, binatang ini menyesatkan semua orang di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung+ menurut gambaran binatang buas yang sudah sembuh setelah dilukai oleh pedang.+
15 Binatang ini diizinkan untuk memberikan nafas hidup kepada patung binatang buas. Maka patung binatang buas itu dapat bercakap dan mengeluarkan perintah supaya semua orang yang enggan menyembah patung binatang buas itu dibunuh.
16 Binatang ini mewajibkan semua orang, tidak kira orang biasa atau orang yang berpangkat tinggi, orang kaya atau miskin, orang bebas atau hamba, untuk menerima tanda pada tangan kanan atau dahi mereka.+
17 Tidak ada sesiapa pun yang dapat membeli ataupun menjual, kecuali orang yang mempunyai tanda itu,+ iaitu nama binatang buas itu atau nombor yang melambangkan nama itu.+
18 Seseorang memerlukan kebijaksanaan untuk memahami hal ini: Hendaklah sesiapa yang berpengertian mengira nombor binatang buas itu, kerana nombor itu ialah nombor manusia. Nombor itu ialah 666.+
Nota Kaki
^ Iaitu, sejak anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan.
^ Atau mungkin, “Jika seseorang harus dibunuh dengan pedang.”