Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 1

Rahsia yang akan Membuat Kita Gembira

Rahsia yang akan Membuat Kita Gembira

Pernahkah orang beritahu adik rahsia?— a Bible ada memberitahu “rahsia” istimewa daripada Tuhan. Ramai orang tidak tahu tentang rahsia ini. Malaikat juga ingin tahu lebih banyak tentang rahsia ini. Adakah adik ingin tahu juga?—

Apakah yang malaikat-malaikat ini ingin tahu?

Pada masa dahulu, Tuhan telah menciptakan Adam dan Hawa. Mereka ialah lelaki dan perempuan yang pertama. Tuhan memberi mereka tempat tinggal yang cantik, iaitu Taman Eden. Jika Adam dan Hawa taat kepada Tuhan, mereka dan anak mereka dapat menjadikan seluruh bumi ini cantik seperti Taman Eden. Mereka juga dapat tinggal di Firdaus selama-lamanya. Ingatkah adik apa yang telah Adam dan Hawa lakukan?—

Adam dan Hawa tidak taat kepada Tuhan, itulah sebabnya kita tidak dapat tinggal di firdaus sekarang. Tetapi, Tuhan kata bahawa Dia akan jadikan seluruh bumi ini cantik, dan semua orang akan hidup selama-lamanya dengan gembira. Bagaimanakah Dia akan lakukan hal ini? Untuk waktu yang lama, ramai orang tidak tahu rahsia ini.

Apabila Yesus datang ke bumi, dia mengajar orang lebih banyak tentang rahsia ini. Dia berkata bahawa rahsia itu adalah tentang Kerajaan Tuhan. Yesus menyuruh orang untuk berdoa supaya Kerajaan ini datang. Kerajaan ini akan menjadikan bumi suatu firdaus yang cantik.

Adakah adik tidak sabar untuk mengetahui rahsia ini?— Ingatlah, hanya orang yang taat kepada Yehuwa akan hidup di Firdaus. Bible memberitahu kita banyak cerita tentang lelaki dan perempuan yang taat kepada Yehuwa. Adakah adik mahu belajar tentang mereka?— Mari kita lihat siapa mereka dan bagaimana kita boleh tiru mereka.

a Dalam setiap cerita, beberapa soalan diikuti dengan tanda ini (—). Adalah baik untuk berhenti seketika dan biar anak anda berikan jawapannya.