Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Adil dan Benar

Adil dan Benar

Siapakah satu-satunya Individu yang berkuasa untuk menentukan apa yang benar dan adil?

Ul 32:4; Yeh 33:​17-20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 18:​23-33—Yehuwa menunjukkan kepada Abraham bahawa Dia ialah Hakim yang adil dan benar

    • Mz 72:​1-4, 12-14—Mazmur ini memuji Raja Mesias yang mencerminkan sifat Yehuwa yang adil dan benar dengan sempurna

Apakah manfaat yang kita peroleh dengan hidup menurut standard Yehuwa yang adil dan benar?

Mz 37:​25, 29; Yak 5:16; 1Pt 3:12

Lihat juga Mz 35:24; Yes 26:9; Rm 1:17

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ayb 37:​22-24—Elihu memuji sifat Yehuwa yang adil dan benar; kuasa Yehuwa menyebabkan umat-Nya mempunyai rasa hormat yang mendalam terhadap-Nya

    • Mz 89:​13-17—Pemazmur memuji Yehuwa kerana Dia selalu memerintah dengan adil dan benar

Apakah maksudnya melakukan apa yang benar di mata Tuhan?

Yeh 18:​25-31; Mt 6:33; Rm 12:​1, 2; Ef 4:​23, 24

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Kej 6:​9, 22; 7:1—Nuh menunjukkan bahawa dia melakukan apa yang benar dengan mematuhi perintah Yehuwa dengan teliti

    • Rm 4:​1-3, 9—Yehuwa memandang Abraham sebagai orang yang melakukan apa yang benar kerana dia menunjukkan iman yang teguh terhadap-Nya

Mengapakah perbuatan kita yang benar harus didorong oleh kasih kepada Yehuwa dan bukannya kerana kita mahu mendapat pujian orang?

Mt 6:1; 23:​27, 28; Lu 16:​14, 15; Rm 10:10

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 5:20; 15:​7-9—Yesus memberitahu orang untuk melakukan apa yang benar, tetapi bukannya menurut standard yang ditetapkan jurutulis hukum dan orang Farisi yang bermuka dua

    • Lu 18:​9-14—Yesus memberikan perumpamaan untuk membetulkan mereka yang cuba membuat diri mereka nampak lebih baik daripada orang lain

Mengapakah kebaikan lebih baik daripada melakukan apa yang benar?

Mengapakah kita tidak harus menganggap diri lebih baik daripada orang lain dan cuba merendahkan mereka?