Mencampuradukkan Agama
Adakah semua orang yang beragama menyembah Tuhan yang sama?
Adakah Yehuwa menerima semua agama, bahkan jika mereka mengajarkan hal yang tidak selaras dengan Bible?
Mt 7:13, 14; Yoh 17:3; Ef 4:4-6
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Yos 24:15—Yosua menunjukkan bahawa kita harus memilih sama ada untuk sembah Yehuwa atau tuhan lain
-
1Ra 18:19-40—Yehuwa menggunakan Nabi Elia untuk menunjukkan bahawa penyembah Tuhan yang benar tidak boleh menyembah tuhan lain, seperti Baal
-
Apakah perasaan Yehuwa tentang tuhan-tuhan bangsa lain dan penyembahan yang diberikan kepada mereka?
Apakah perasaan Yehuwa tentang ibadat yang nampaknya ditujukan kepada-Nya tetapi dicemari dengan amalan yang dibenci-Nya?
Yes 1:13-15; 1Ko 10:20-22; 2Ko 6:14, 15, 17
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kel 32:1-10—Oleh sebab tekanan daripada rakan sebangsanya, Harun membuat patung anak lembu dan menggunakannya untuk menyambut “perayaan untuk Yehuwa”; hal itu membuat Yehuwa sangat murka
-
1Ra 12:26-30—Untuk menghalang orang daripada pergi ke Rumah Tuhan di Yerusalem, Raja Yerobeam membuat patung yang melambangkan Yehuwa sehingga mengakibatkan rakyat berdosa
-
Bagaimanakah Yehuwa mengajar orang Israel bahawa mereka harus memisahkan diri daripada orang yang menyembah tuhan-tuhan palsu?
Apakah yang Yehuwa lakukan apabila umat-Nya mengikut amalan agama palsu?
Hak 10:6, 7; Mz 106:35-40; Yer 44:2, 3
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
1Ra 11:1-9—Raja Salomo, yang mendapat tekanan daripada isteri-isterinya yang berbangsa asing, telah membuat Yehuwa murka kerana menggalakkan ibadat kepada tuhan-tuhan lain
-
Mz 78:40, 41, 55-62—Asaf menggambarkan bagaimana pemberontakan orang Israel dan penyembahan berhala telah menyakiti hati Yehuwa dan membuat-Nya menolak umat-Nya
-
Adakah Yesus menyokong ajaran agama yang tidak selaras dengan Firman Tuhan?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Mt 16:6, 12—Yesus menyamakan ajaran orang Farisi dan Saduki dengan ragi kerana ajaran palsu dapat tersebar dengan cepat dan mencemari ajaran murni yang terkandung dalam Firman Tuhan
-
Mt 23:5-7, 23-33—Yesus mengutuk perbuatan munafik dan ajaran salah jurutulis hukum dan orang Farisi
-
Mr 7:5-9—Yesus mengutuk jurutulis hukum dan orang Farisi kerana mengutamakan tradisi manusia berbanding ajaran dalam Firman Tuhan
-
Adakah Yesus menggalakkan pengikutnya untuk berpisah dan membentuk banyak aliran agama?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Yoh 15:4, 5—Yesus menggunakan sebatang pokok anggur untuk menggambarkan bahawa para pengikutnya mesti mengekalkan perpaduan dengannya dan dengan rakan Kristian yang lain
-
Yoh 17:1, 6, 11, 20-23—Pada malam terakhirnya dengan para rasul, Yesus berdoa agar semua pengikutnya yang sejati tetap bersatu
-
Adakah orang Kristian masa awal mempunyai ajaran yang sama dan menyembah Yehuwa dalam cara yang serupa?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kis 11:20-23, 25, 26—Sidang di Antiokhia dan Yerusalem bekerjasama dan mempunyai ikatan perpaduan yang erat
-
Rm 15:25, 26; 2Ko 8:1-7—Sidang-sidang abad pertama membuktikan bahawa mereka bersatu dengan menunjukkan kasih dan saling membantu semasa susah
-
Adakah Tuhan menerima semua agama yang mengaku bahawa mereka beriman kepada Kristus?
Jika para penyembah menyimpang daripada ajaran Kristus dan para rasul, adakah ibadat mereka masih diterima?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Mt 13:24-30, 36-43—Yesus menggunakan perumpamaan untuk menunjukkan bahawa seperti lalang yang tumbuh di ladang, banyak Kristian palsu juga akan muncul dan masuk ke dalam sidang
-
1Yo 2:18, 19—Rasul Yohanes yang lanjut usia menyatakan bahawa banyak musuh Kristus telah muncul pada akhir abad pertama
-
Apakah yang akan berlaku jika ajaran palsu dan orang yang tidak mematuhi Kristus dibenarkan menjadi sebahagian daripada sidang?
Apakah yang perlu orang Kristian lakukan untuk tetap bersatu?
Mengapakah orang Kristian tidak patut terlibat dalam ibadat palsu?
Mengapakah mendedahkan ajaran salah adalah tindakan yang betul dan bermanfaat?
Mengapakah kita tidak terkejut apabila orang daripada agama palsu menyerang dan menganiaya kita?