Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 20

Bagaimanakah Badan Pimpinan Berfungsi Dewasa Ini?

Bagaimanakah Badan Pimpinan Berfungsi Dewasa Ini?

Badan pimpinan pada abad pertama

Membaca surat daripada badan pimpinan

Pada abad pertama, badan pimpinan terdiri daripada sekumpulan kecil “para rasul dan penatua di Yerusalem.” Mereka mewakili sidang Kristian terurap dalam memutuskan hal-hal penting. (Kisah 15:2) Mereka selalu membuat keputusan setelah membincangkan ayat Bible dan menurut bimbingan kuasa suci Tuhan. (Kisah 15:25) Begitu juga dengan Badan Pimpinan pada hari ini.

Badan Pimpinan digunakan oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak-Nya. Badan Pimpinan terdiri daripada saudara terurap yang amat berminat terhadap Firman Tuhan dan berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal praktikal dan rohani. Mereka berkumpul setiap minggu untuk membincangkan keperluan persaudaraan sedunia. Seperti pada abad pertama, mereka memberikan arahan berdasarkan Bible menerusi surat, penyelia lawatan, dan sebagainya. Hasilnya, umat Tuhan bersatu dalam fikiran dan tindakan mereka. (Kisah 16:4, 5) Badan Pimpinan mengawasi penyediaan makanan rohani, mendorong kita mengutamakan kerja penyebaran, dan menyelia pelantikan saudara yang memikul tanggungjawab.

Badan Pimpinan menurut bimbingan kuasa suci Tuhan. Badan Pimpinan mencari bimbingan Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat, Yehuwa, dan Kepala sidang, Yesus. (1 Korintus 11:3; Efesus 5:23) Anggota Badan Pimpinan tidak mengetuai atau mengawal umat Tuhan. Seiring dengan semua orang Kristian terurap, mereka “terus mengikuti Anak Bebiri [Yesus] tidak kira ke mana sahaja dia pergi.” (Wahyu 14:4) Badan Pimpinan amat menghargai doa yang diucapkan bagi pihak mereka.

  • Siapakah yang menganggotai badan pimpinan pada abad pertama?

  • Bagaimanakah Badan Pimpinan dewasa ini mencari bimbingan Tuhan?