Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAAT MEMBACA BIBLE?

Memulakan Pembacaan Bible

Memulakan Pembacaan Bible

Bagaimanakah anda dapat menikmati dan meraih manfaat daripada pembacaan Bible? Mari kita lihat lima cadangan.

Pilih persekitaran yang sesuai. Cubalah cari tempat yang senyap. Kurangkan gangguan supaya anda dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dibaca. Tempat yang mempunyai pencahayaan yang baik dan udara segar dapat membantu.

Memiliki pemikiran yang betul. Memandangkan Bible adalah daripada Bapa di syurga, anda akan mendapat manfaat jika anda mempunyai sifat seperti seorang budak kecil yang ingin belajar daripada ibu bapanya. Jika anda memiliki fikiran negatif tentang Bible, cubalah ketepikan fikiran itu supaya dapat belajar daripada Tuhan.​—Mazmur 25:4.

Berdoa sebelum membaca. Bible mengandungi pemikiran Tuhan. Maka, kita memerlukan bantuan-Nya. Tuhan berjanji untuk “memberikan daya aktif-Nya kepada mereka yang meminta daripada-Nya.” (Lukas 11:13) Daya aktif boleh membantu anda untuk memahami pemikiran Tuhan. Lama-kelamaan, anda akan mengerti “kebijaksanaan Tuhan yang sangat dalam.”​—1 Korintus 2:10.

Berusaha untuk memahami. Jangan sekadar membaca sahaja. Fikirlah apa yang dibaca. Tanyalah soalan seperti: “Apakah sifat-sifat watak Bible ini? Bagaimanakah saya boleh terapkan apa yang dibaca?”

Tetapkan matlamat. Untuk mendapat manfaat daripada pembacaan Bible, berusahalah untuk mempelajari sesuatu yang dapat membuat kehidupan anda lebih bermakna. Anda boleh menetapkan matlamat seperti: “Saya ingin mempelajari lebih banyak tentang Tuhan.” “Saya ingin menjadi insan yang lebih baik.” Atau, “Saya ingin menjadi suami atau isteri yang lebih baik.” Kemudian, bacalah bahagian Bible yang dapat membantu anda mencapai matlamat itu. *

Lima cadangan ini akan membantu anda memulakan pembacaan Bible. Rencana seterusnya mempunyai beberapa cadangan untuk membuat pembacaan anda lebih menarik.

^ per. 8 Jika anda tidak pasti bahagian mana dalam Bible yang sesuai bagi anda, tanyalah Saksi-Saksi Yehuwa yang sudi membantu anda.