100 Tahun Yesus Kristus Memerintah —Apakah Pencapaiannya?
‘Yehuwa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan. Raja selama-lamanya.’—WHY. 15:3, nota kaki.
1, 2. Apakah yang akan dicapai oleh Kerajaan Tuhan? Mengapakah kita boleh yakin bahawa Kerajaan Tuhan akan datang?
PADA 31 M, di atas sebuah gunung dekat Kapernaum, Yesus mengajar pengikutnya untuk berdoa, “Datanglah Kerajaan-Mu.” (Mat. 6:10, NW) Hari ini, ramai orang meragui kedatangan Kerajaan Tuhan. Namun, kita yakin bahawa doa mengenai kedatangan Kerajaan Tuhan akan ditunaikan.
2 Yehuwa akan menggunakan Kerajaan ini untuk menyatukan keluarga-Nya di syurga dan di bumi. Tujuan Yehuwa akan tercapai. (Yes. 55:10, 11) Sebenarnya, Yehuwa sudah pun memerintah sebagai Raja sekarang. Hal ini terbukti melalui perbuatan-Nya yang agung dan menakjubkan demi jutaan rakyat Kerajaan-Nya selama 100 tahun yang lalu! (Za. 14:9; Why. 15:3) Namun, Yehuwa menjadi Raja berbeza daripada kedatangan Kerajaan Tuhan yang kita doakan. Mengapakah hal ini berbeza? Apakah kesannya terhadap kita?
RAJA YANG DITABALKAN YEHUWA BERTINDAK
3. (a) Bilakah Yesus ditabalkan sebagai Raja, dan di mana? (b) Bagaimanakah anda membuktikan bahawa Kerajaan Tuhan ditubuhkan pada 1914? (Lihat nota kaki.)
3 Menjelang akhir abad ke-19, umat Tuhan mula memahami nubuat Daniel yang ditulis 2,500 tahun yang lalu, ‘Pada masa Dan. 2:44) Selama beberapa dekad Pelajar Bible menunjukkan bahawa sesuatu yang penting akan berlaku pada 1914. Banyak orang pada masa itu berfikir bahawa masa depan mereka cerah. Seorang penulis menyatakan, “Tahun 1914 adalah masa yang penuh dengan harapan dan janji yang baik.” Namun, nubuat Bible digenapi apabila Perang Dunia I tercetus tidak lama kemudian. Masalah kebuluran, gempa bumi, dan wabak penyakit serta penggenapan nubuat-nubuat Bible yang lain membuktikan bahawa Yesus Kristus sudah mula memerintah sebagai Raja di syurga pada 1914. * Dengan menabalkan Anak-Nya sebagai Raja Kerajaan Mesias, Yehuwa membuktikan diri sebagai Raja dalam cara yang baru.
pemerintahan penguasa-penguasa itu, Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan.’ (4. Apakah perkara pertama yang dilakukan Yesus selepas menjadi Raja? Apakah yang dia lakukan seterusnya?
4 Apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Raja yang baru ditabalkan Yehuwa? Dia berperang dengan Syaitan, iaitu musuh utama Bapanya. Yesus bersama para malaikatnya menghalau Syaitan dan roh-roh jahat dari syurga. Peristiwa ini membawa sukacita di syurga, tetapi malapetaka di bumi. (Baca Wahyu 12:7-9, 12.) Kemudian, Raja itu memurnikan, mengajar, dan mengatur rakyatnya di bumi untuk melakukan kehendak Tuhan. Marilah kita lihat bagaimana mereka mematuhi Yesus hari ini.
RAJA MESIAS MEMURNIKAN RAKYATNYA
5. Apakah yang berlaku antara tahun 1914 dan awal tahun 1919?
5 Selepas Raja Mesias menyingkirkan pengaruh jahat Syaitan dan malaikat-malaikatnya dari syurga, Yehuwa memerintah Yesus untuk memeriksa dan memurnikan kerohanian penyembah sejati di bumi. Nabi Maleakhi pernah menjelaskan pemurnian rohani ini. (Mal. 3:1-3) Sejarah menunjukkan peristiwa ini berlaku antara tahun 1914 dan awal tahun 1919. * Untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Yehuwa, kita mesti bersih, atau suci. (1 Ptr. 1:15, 16) Kita tidak harus tercemar dengan agama palsu atau hal ehwal politik.
6. Bagaimanakah makanan rohani disediakan, dan mengapakah makanan ini penting?
6 Yesus menggunakan kuasanya sebagai Raja untuk melantik hamba yang setia dan bijaksana. Hamba ini sentiasa menyediakan makanan rohani yang berkhasiat kepada “kawanan” Yesus. (Mat. 24:45-47; Yoh. 10:16) Sejak 1919, kumpulan kecil saudara terurap ini setia menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan makanan rohani kepada “hamba-hamba yang lain.” Persediaan makanan rohani yang berlimpah ini menunjang iman kita untuk terus bertumbuh. Hal ini menguatkan tekad kita untuk tetap bersih secara rohani, moral, mental, dan jasmani. Makanan rohani ini juga mengajar dan memperlengkapkan kita untuk mengambil bahagian dalam kerja yang terpenting, iaitu kerja penyebaran. Adakah anda sedang memanfaatkan makanan rohani ini?
RAJA MENGAJAR PENGIKUTNYA MENGINJIL KE SELUAS DUNIA
7. Apakah kerja penting yang Yesus mulakan semasa di bumi, dan sehingga bilakah kerja ini akan dilakukan?
7 Semasa Yesus memulakan kerja penyebaran di bumi, dia mengumumkan, ‘Berita baik tentang Kerajaan Tuhan harus aku Luk. 4:43, nota kaki) Selama tiga setengah tahun, kerja penyebaran merupakan kerja utama Yesus. Dia mengarahkan pengikutnya, ‘Pergilah dan khabarkanlah bahawa “tidak lama lagi Tuhan akan memerintah.”’ (Mat. 10:7, ABB) Selepas dibangkitkan, Yesus bernubuat bahawa pengikutnya akan menyebarkan berita ini “sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:8) Dia juga berjanji bahawa dia turut menyertai kerja penting ini sehingga ke akhir sistem dunia.—Mat. 28:19, 20.
khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Tuhan mengutus aku untuk melakukan tugas itu.’ (8. Bagaimanakah Raja mendorong pengikutnya untuk mengkhabarkan berita Kerajaan?
8 Sejak 1919, berita baik Kerajaan Tuhan merangkumi sesuatu yang baru. (Mat. 24:14) Raja sudah memerintah di syurga dan dia telah mengumpulkan sekumpulan kecil pengikutnya yang suci di bumi. Mereka ghairah mengikut perintah Yesus untuk mengkhabarkan berita baik di serata dunia. (Kis. 10:42) Contohnya, pada September 1922, di Cedar Point, Ohio, A.S., hampir 20,000 orang berkumpul untuk konvensyen antarabangsa. Mereka berasa sangat teruja semasa mendengar ceramah Saudara Rutherford yang berbunyi, “Lihatlah, Raja kita sudah memerintah! Kamulah wakil-wakilnya. Maka umumkan, umumkan, umumkan, Raja kita dan kerajaannya.” Pada keesokan hari, dua ribu orang keluar menginjil sehingga sejauh 72 km dari tapak konvensyen. Dengan bersemangat, seorang saudara berkata bahawa dia tidak dapat melupakan ceramah Saudara Rutherford untuk mengumumkan Kerajaan Tuhan dan semangat para hadirin pada masa itu. Hadirin lain turut berasa demikian.
9, 10. (a) Apakah aturan yang dibuat untuk melatih para penyiar? (b) Bagaimanakah anda mendapat manfaat daripada latihan ini?
9 Pada tahun 1922, lebih daripada 17,000 penyiar menginjil di 58 negara. Namun mereka memerlukan latihan. Pada abad pertama, Yesus memberikan arahan terperinci tentang apa, di mana, dan bagaimana untuk menginjil. (Mat. 10:5-7; Luk. 9:1-6; 10:1-11) Hari ini, Raja Yesus juga memastikan bahawa semua penyiar menerima arahan dan perlengkapan untuk menginjil. (2 Tim. 3:17) Melalui sidang, Yesus mengajar rakyatnya di bumi. Satu cara adalah melalui Sekolah Penyebaran Teokratik yang diadakan di lebih daripada 111,000 sidang di serata dunia. Sekolah ini membantu lebih daripada tujuh juta penyiar untuk mengajar kebenaran yang sesuai dengan “keadaan semua orang.”—Baca 1 Korintus 9:20-23.
10 Selain daripada Sekolah Penyebaran Teokratik, terdapat sekolah lain yang melatih penatua, perintis, saudara bujang, pasangan * Pelajar yang menghadiri Sekolah Bible untuk Pasangan Kristian berkata, “Latihan khusus yang kami terima mendalamkan kasih kami terhadap Yehuwa dan mempersiapkan kami untuk membantu orang lain.”
Kristian, Ahli Jawatankuasa Cawangan dan isteri mereka, penyelia lawatan dan isteri mereka, serta mubaligh.11. Mengapakah para penyiar dapat terus menginjil walaupun ditentang?
11 Musuh kita, Syaitan, memerhatikan segala usaha yang dicurahkan untuk menginjil dan mengajar orang kebenaran. Dia menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan kerja ini. Namun usahanya gagal. Yehuwa telah memberi Anak-Nya jauh lebih banyak kuasa daripada “semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja.” (Ef. 1:20-22) Sebagai Raja, Yesus menggunakan kuasanya untuk melindungi pengikutnya dan memastikan bahawa kehendak Bapanya dilaksanakan. * Kerja penyebaran terus dijalankan dan jutaan orang yang berhati jujur sedang belajar cara untuk menyembah Yehuwa. Betapa besarnya penghormatan kita kerana dapat melibatkan diri dalam kerja penyebaran!
RAJA MENGATUR PENGIKUTNYA UNTUK MENINGKATKAN USAHA
12. Semenjak 1914, bagaimanakah aturan organisasi Yehuwa dimurnikan?
12 Semenjak penubuhan Kerajaan Tuhan pada 1914, Raja telah memurnikan cara umat Tuhan melakukan kehendak Bapanya. (Baca Yesaya 60:17.) Pada tahun 1919, seorang saudara telah dilantik di setiap sidang untuk mengambil pimpinan dalam kerja penyebaran. Menginjil dari rumah ke rumah pada hari Ahad telah diaturkan pada tahun 1927. Pada tahun 1931, hamba Yehuwa mula menyandang nama Saksi-Saksi Yehuwa yang turut mendorong mereka untuk lebih bergiat dalam kerja penyebaran. (Yes. 43:10-12) Pada tahun 1938, saudara yang mengambil pimpinan di sidang tidak lagi dilantik secara mengundi tetapi secara teokratik. Pada tahun 1972, tanggungjawab sidang tidak lagi dipikul oleh seorang saudara sahaja tetapi oleh sekumpulan penatua. Oleh itu, semua saudara yang layak digalakkan untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dalam sidang. (1 Ptr. 5:2) Pada tahun 1976, Badan Pimpinan telah dibahagikan kepada enam jawatankuasa untuk mengawasi kerja sedunia. Sejak itu, Yesus terus mengatur para pengikutnya untuk melakukan segala sesuatu menurut cara Yehuwa.
13. Apakah perasaan anda terhadap pencapaian Raja Mesias selama 100 tahun?
Mzm. 110:3) Sememangnya, Yehuwa telah melaksanakan banyak perkara yang agung dan menakjubkan melalui Kerajaan Mesias. Namun, terdapat banyak lagi peristiwa menarik yang bakal berlaku.
13 Fikirkan pencapaian Raja Mesias selama 100 tahun pemerintahannya. Dia telah memurnikan sekumpulan orang untuk mewakili Yehuwa. Dia telah memimpin kerja penyebaran di 239 negara dan mengajar jutaan orang cara untuk menyembah Yehuwa. Dia juga telah menyatukan lebih daripada tujuh juta orang untuk melakukan kehendak Bapanya dengan sukarela. (BERKAT YANG BAKAL DIBAWA OLEH KERAJAAN MESIAS
14. (a) Semasa berdoa kepada Tuhan, “Datanglah Kerajaan-Mu,” apakah sebenarnya yang kita doakan? (b) Apakah ayat tahunan bagi 2014, dan mengapakah ayat ini sesuai?
14 Meskipun Yehuwa menabalkan Yesus Kristus sebagai Raja Mesias pada 1914, peristiwa ini belum lagi menjawab doa “datanglah Kerajaan-Mu.” (Mat. 6:10, NW) Bible menubuatkan bahawa Yesus akan ‘berkuasa atas musuh-musuhnya.’ (Mzm. 110:2) Pemerintahan manusia di bawah kuasa Syaitan masih menentang Kerajaan Tuhan. Semasa kita berdoa untuk kedatangan Kerajaan Tuhan, kita sebenarnya sedang berdoa agar Raja Kerajaan Mesias serta 144,000 orang yang memerintah bersamanya melenyapkan segala kerajaan manusia dan penentang Kerajaan Tuhan di bumi. Tindakan ini akan menggenapi ayat di Daniel 2:44, “Kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain,” iaitu semua pemerintah manusia yang menentang Kerajaan Tuhan. (Why. 6:1, 2; 12:18-13:18; 19:11-21) Peristiwa ini akan berlaku tidak lama lagi. Memandangkan Kerajaan Tuhan sudah memerintah selama 100 tahun di syurga, ayat di Matius 6:10 (NW), “Datanglah Kerajaan-Mu” sangat sesuai bagi ayat tahunan 2014!
Ayat tahunan bagi tahun 2014: “Datanglah Kerajaan-Mu.”—Matius 6:10, NW
15, 16. (a) Apakah peristiwa-peristiwa menarik yang akan berlaku semasa pemerintahan Kristus seribu tahun? (b) Apakah perkara terakhir yang akan dilakukan oleh Raja Mesias, Yesus? Bagaimanakah kehendak Yehuwa tercapai pada masa itu?
15 Selepas Raja Mesias memusnahkan musuh-musuh Tuhan, dia akan membuang Syaitan dan roh-roh jahat ke dalam jurang selama seribu tahun. (Why. 20:1-3) Selepas pengaruh jahat disingkirkan, Kerajaan Tuhan akan segera membantu orang meraih manfaat daripada korban tebusan Yesus dan menghapuskan kesan daripada dosa Adam. Raja itu akan membangkitkan jutaan orang daripada kematian dan program pendidikan akan diaturkan secara besar-besaran untuk mengajar mereka tentang Yehuwa. (Why. 20:12, 13) Seluruh bumi akan berubah menjadi sebuah firdaus seperti Taman Eden dan semua manusia yang setia akan menjadi sempurna.
16 Selepas seribu tahun pemerintahan Kristus, kehendak Yehuwa bagi bumi akan tercapai. Kemudian, Yesus akan menyerahkan Kerajaan itu kembali kepada Bapanya. (Baca 1 Korintus 15:24-28.) Pada masa itu, manusia tidak lagi memerlukan perantara untuk mendekati Yehuwa. Semua anak-anak Tuhan di syurga dan di bumi akan bersatu dengan Bapa mereka dan menjadi sebuah keluarga yang besar.
17. Apakah tekad anda?
17 Peristiwa-peristiwa menakjubkan yang berlaku selama 100 tahun pemerintahan Kerajaan Tuhan meyakinkan kita bahawa Yehuwa berkuasa dan kehendak-Nya bagi bumi akan digenapi. Semoga kita terus setia dan mengumumkan tentang Raja dan Kerajaan Tuhan. Kita yakin bahawa tidak lama lagi Yehuwa akan menjawab doa kita, “Datanglah Kerajaan-Mu”!
^ per. 5 Lihat majalah pembelajaran terbitan 15 Julai 2013, muka surat 22-23, perenggan 12.
^ per. 10 Lihat majalah pembelajaran 15 September 2012, muka surat 13-17, “Sekolah Teokratik—Bukti akan Kasih Yehuwa.”
^ per. 11 Lihat majalah pembelajaran 15 Ogos 2013, muka surat 30, “Beberapa Kemenangan Mahkamah Terkini.”