Ingatkah Anda?
Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:
Siapakah Gog dari Magog yang dinyatakan dalam buku Yehezkiel?
Gog dari Magog bukanlah Syaitan. Sebaliknya merujuk kepada bangsa-bangsa bersekutu yang ingin membinasakan umat Tuhan selepas kesengsaraan besar bermula.—15/5, muka surat 29-30.
Bagaimanakah mukjizat Yesus menunjukkan kemurahan hatinya?
Dalam sebuah perkahwinan di Kana, Yesus telah menukar kira-kira 380 liter air menjadi wain. Dalam satu peristiwa juga, Yesus menyediakan makanan bagi lebih daripada 5,000 orang. (Mat. 14:14-21; Yoh. 2:6-11) Kedua-dua peristiwa ini menunjukkan bahawa Yesus meniru kemurahan hati Bapanya.—15/6, muka surat 4-5.
Walaupun kita tidak sempurna, mengapakah kita dapat menyenangkan hati Tuhan?
Ayub, Lot, dan Daud berbuat silap. Namun, mereka ingin menyembah Tuhan. Mereka bertaubat dan rela berubah. Hasilnya, mereka diperkenankan Tuhan. Kita juga boleh mendapat perkenan Tuhan.—1/7, muka surat 12-13.
Adakah semua ahli dalam agama palsu akan dibunuh semasa Babilon Besar dimusnahkan?
Tidak. Zakharia 13:4-6 menunjukkan bahawa bahkan ada sesetengah pemimpin gereja akan meninggalkan agama mereka dan menafikan bahawa mereka pernah menyertai agama palsu.—15/7, muka surat 15-16.
Apakah perkara-perkara yang boleh direnungkan oleh orang Kristian?
Orang Kristian boleh merenungkan ciptaan Yehuwa, Firman-Nya, peluang untuk berdoa, dan korban tebusan.—15/8, muka surat 10-13.
Bagaimanakah nasihat untuk menjauhi pergaulan buruk dapat diterapkan dalam hal berdating?
Kita ingin bersikap baik dengan orang yang bukan seiman. Namun, berdating dengan orang yang belum membaktikan diri kepada Yehuwa dan yang tidak setia kepada piawaian-Nya adalah bertentangan dengan arahan Tuhan. (1 Kor. 15:33)—15/8, muka surat 25.
Bagaimanakah Petrus mendapat imannya semula setelah hilang tumpuan?
Petrus beriman terhadap Yesus dan dapat berjalan di atas air ke arah Yesus. (Mat. 14:24-32) Apabila Petrus mengalihkan perhatiannya ke arah ribut, dia menjadi takut. Tetapi dia bertumpu kepada Yesus dan menerima bantuannya.—15/9, muka surat 16-17.
Kisah 28:4 berkata bahawa penduduk Pulau Malta menyangka bahawa rasul Paulus ialah seorang pembunuh. Mengapakah mereka berasa sedemikian?
Apabila seekor ular memagut Paulus, mereka mungkin menyangka bahawa Dike, dewi keadilan, sedang menghukumnya.—1/10, muka surat 9.
Marta tidak dapat menumpukan perhatiannya kerana sibuk dengan banyak perkara. Apakah pengajarannya?
Tumpuan Marta terganggu kerana dia sibuk menyediakan hidangan istimewa. Yesus berkata bahawa Maria sudah memilih perkara yang terbaik, iaitu mendengar ajarannya. Kita harus berhati-hati agar perkara lain tidak mengganggu aktiviti rohani kita.—15/10, muka surat 18-20.