Lompat ke kandungan

Galeri Foto Warwick 5 (September 2015 hingga Februari 2016)

Galeri Foto Warwick 5 (September 2015 hingga Februari 2016)

Galeri foto ini menunjukkan kemajuan projek pembinaan ibu pejabat sedunia baharu Saksi-Saksi Yehuwa dari September 2015 hingga Februari 2016. Lihat juga bantuan yang dihulurkan oleh para sukarelawan dalam kerja pembinaan ini.

Pelan bangunan Warwick. Dari kiri atas, mengikut arah jam:

  1. Bangunan Penyelenggaraan Kenderaan

  2. Tempat Letak Kenderaan Pelawat

  3. Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

  4. Kediaman B

  5. Kediaman D

  6. Kediaman C

  7. Kediaman A

  8. Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

7 Oktober 2015​—Tapak Warwick

Struktur jambatan sedang diangkut untuk diletakkan di atas asas jambatan. Tayar-tayar digunakan untuk melindungi bahagian jambatan yang melengkung. Jambatan ini dibina agar kawasan paya dapat dilindungi.

13 Oktober 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Atap bangunan diliputi dengan sejenis tumbuhan yang dipanggil sedum. Tumbuhan ini berubah warna sebelum menjadi tidak aktif pada musim sejuk. Terdapat 16 spesies sedum yang ditanam di atap bangunan. Selain mudah dijaga, atap bangunan yang diliputi tumbuhan juga dapat mengurangkan aliran air hujan serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

13 Oktober 2015​—Kediaman D

Seorang tukang kayu sedang menyiapkan kabinet dapur bagi salah sebuah unit kediaman. Pada akhir bulan Februari, Bahagian Pertukangan Kayu telah memasangkan lebih daripada 60 peratus kabinet bagi dapur-dapur.

16 Oktober 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Juruelektrik memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk logo Watch Tower pada dinding sebuah menara.

21 Oktober 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Lampu bagi Bangunan Pejabat/Perkhidmatan, menara, dan kawasan lobi dipasang pada waktu malam. Dari atas menara, para pelawat dapat melihat pemandangan tapak Warwick dan kawasan di sekelilingnya.

22 Oktober 2015​—Tapak Warwick

Para pekerja sedang menyiapkan jalan untuk laluan kecemasan. Mereka meletakkan asas dan menurap jalan dengan konkrit. Kain guni diletakkan buat sementara untuk mengurangkan hakisan tanah.

9 November 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Kerja pemasangan jendela sedang dijalankan. Sebanyak 11 jendela langit digunakan dalam Bangunan Pejabat/Perkhidmatan supaya cahaya matahari dapat dipancarkan ke dalam bangunan.

16 November 2015​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Pekerja menggunakan mesin yang dilengkapi dengan gas oksigen dan asetilena untuk memotong paip keluli karbon bagi sistem penyejukan air.

30 November 2015​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Belebas tingkap sedang dipasang. Selepas belebas diratakan dan dinding (drywall) disiapkan, bingkai tingkap akan dipasang.

17 Disember 2015​—Tapak Warwick

Bata sedang diletakkan pada permukaan jalan. Pada bahagian tengah gambar, para pekerja sedang meratakan jalan. Di bahagian bawah gambar, seorang pekerja menggunakan sebuah jentera sistem hidrolik untuk meletakkan bata-bata. Di bahagian kiri gambar, tanah ditutup dengan plastik untuk mengelak daripada hakisan tanah.

24 Disember 2015​—Tapak Warwick

Para pekerja menyambungkan wayar voltan sederhana ke sebuah pencawang elektrik. Pencawang ini membekalkan tenaga elektrik bagi kompleks Warwick.

5 Januari 2016​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Seorang pekerja sedang memasang struktur bumbung bagi laluan pejalan kaki yang menghubungkan Tempat Letak Kenderaan Pelawat dengan Bangunan Pejabat/Perkhidmatan. Dengan adanya bumbung ini, para pelawat dilindungi daripada salji atau hujan.

5 Januari 2016​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Seorang juruteknik sedang menyelaraskan tetapan bagi dandang pemanas. Keempat-empat dandang pemanas bagi kompleks Warwick telah siap dipasang.

8 Februari 2016​—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan

Para mekanik sedang memasang mesin pengering di Bahagian Dobi. Mesin ini dapat menampung berat dari 6 hingga 45 kilogram. Mesin basuh pula akan dipasang di sepanjang dinding di sebelah kiri.

8 Februari 2016​—Kompleks Tuxedo

Gerrit Lösch, seorang ahli Badan Pimpinan, sedang mengendalikan pembelajaran majalah Menara Pengawal untuk keluarga Bethel. Program ini juga akan disiarkan ke beberapa lokasi lain untuk pekerja projek pembinaan Warwick.

19 Februari 2016​—Kediaman A

Bahagian Rekaan Dalaman menghantar karpet ke salah sebuah bangunan kediaman. Karpet yang bersaiz lebih daripada 65,000 meter persegi telah ditempah untuk kompleks Warwick.

22 Februari 2016​—Tapak Warwick

Antara bulan September 2015 dengan Februari 2016, dokumen pengesahan bagi Kediaman C dan D telah diperoleh. Maka, para pekerja dibenarkan untuk tinggal dalam bangunan-bangunan tersebut. Semua lif dalam kedua-dua bangunan itu telah siap dipasang. Laluan untuk para penghuni juga telah disiapkan. Oleh sebab suhu pada musim sejuk tidak terlalu rendah, kerja landskap dapat dilakukan lebih awal daripada yang dijadualkan.

24 Februari 2016​—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni

Seorang pekerja sedang memasang rangka bagi siling terampai. Bahagian Dinding/Siling bertanggungjawab melakukan kerja-kerja berikut: memasang tetulang, meletakkan penebat, menyiapkan dinding (drywall), melakukan kerja plaster, dan memasang bahan untuk mencegah api daripada merebak semasa kebakaran.