Galeri Foto Warwick 2 (September hingga Disember 2014)
Dalam galeri foto ini, lihatlah kemajuan projek pembinaan ibu pejabat sedunia baharu Saksi-Saksi Yehuwa dari bulan September hingga bulan Disember 2014.
11 September 2014—Tempat Letak Kenderaan Pelawat
Para pekerja memasang rangka bumbung untuk dibawa dan dipasang di Kediaman C.
18 September 2014—Tapak Warwick
Foto ini diambil dari selatan tapak pembinaan. Tasik Sterling Forest (Tasik Biru) dapat dilihat di belakang foto. Kadangkala sebanyak 13 buah kren beroperasi pada masa yang sama. Di bahagian depan foto, para pekerja sedang menuang dan menyiapkan asas konkrit Kediaman B.
26 September 2014—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan
Tiang-tiang keluli ini akan dipasang menjadi rangka. Bangunan Pejabat/Perkhidmatan akan dibina menggunakan rangka-rangka ini agar mempunyai ruang yang besar tanpa banyak tiang, dan kerja pembinaan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
9 Oktober 2014—Tapak Warwick
Para pekerja memasang rangka bumbung Kediaman C, dan menutupinya dengan kepingan logam dan lapisan kalis air. Di belakangnya, terdapat sebahagian daripada bumbung yang sedang dipasang.
15 Oktober 2014—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan
Para kontraktor memasang tiang keluli di bahagian barat daya bangunan ini. Dapur, ruang makan, dobi, dan bahagian-bahagian yang lain akan ditempatkan di sini.
15 Oktober 2014—Tapak Warwick
Sebatang penyapu kecil diberikan kepada seorang pekerja yang sedang memasang sistem kumbahan.
20 Oktober 2014—Tapak Warwick
Dinding ini dibina untuk menentukan jenis sambungan, warna campuran simen, dan cara bata-bata harus disusun. Dinding ini juga digunakan untuk melatih para pekerja yang baharu. Memandangkan dinding ini tidak diperlukan lagi, dinding ini sedang dirobohkan.
31 Oktober 2014—Kediaman C
Sebuah kren sedang mengangkat sebahagian daripada rangka bumbung yang telah siap dipasang. Rekaan bumbung ini mencantikkan bangunan ini.
7 November 2014—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni
Tangki yang besar ini dapat mengisi 95,000 liter minyak. Minyak di dalam tangki ini akan digunakan sebagai bahan bakar untuk alat pemanas.
12 November 2014—Kediaman C
Foto ini menunjukkan bahagian selatan Kediaman C. Tasik Biru dapat dilihat pada tepi kanan foto. Pelbagai warna dan tekstur digunakan untuk mencantikkan bangunan ini.
21 November 2014—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni
Sepasang suami isteri sedang memasang paip sebelum konkrit lantai dituang.
28 November 2014—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan
Para pekerja membersihkan salji dari sebuah bangunan.
1 Disember 2014—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni
Sepasang suami isteri sedang melihat pelan untuk memasang paip.
10 Disember 2014—Bangunan Penyelenggaraan/Tempat Letak Kenderaan Penghuni
Kerja penggalian, pemasangan rangka konkrit, dan penuangan konkrit masih dijalankan walaupun cuaca sejuk. Di bahagian atas kiri foto, sesetengah bahagian Bangunan Pejabat/Perkhidmatan telah ditutupi dengan lapisan plastik agar kerja-kerja seperti menuang konkrit dan memasang lapisan kalis api dapat diteruskan.
12 Disember 2014—Kediaman D
Para pekerja meletakkan lapisan kalis lembap sebelum panel-panel dinding dipasang.
15 Disember 2014—Tapak Warwick
Pandangan atas tapak pembinaan. Bangunan kediaman terletak di bahagian atas foto. Bangunan putih yang besar di tengah-tengah foto ialah Bangunan Pejabat/Perkhidmatan. Jumlah keluasan tanah yang dibeli adalah kira-kira 100 hektar. Tetapi keluasan tapak pembinaan adalah kurang daripada 20 peratus daripada jumlah keluasan tanah yang dibeli. Dengan demikian hutan yang ada di sekitarnya tidak diganggu.
15 Disember 2014—Tapak Warwick
Pandangan atas tapak pembinaan. Bahagian depan foto menunjukkan Kediaman C dan D. Di Kediaman C, para kontraktor melengkapkan pembinaan bumbung dengan meletakkan panel-panel bumbung.
25 Disember 2014—Kediaman C
Seorang tukang kayu memasang lantai kayu di bilik contoh. Bagi setiap bilik kediaman, salah satu daripada empat pakej kemasan akan digunakan. Pakej itu merangkumi warna cat, permaidani, lantai kayu, jubin, dan permukaan kaunter.
31 Disember 2014—Bangunan Pejabat/Perkhidmatan
Seorang pekerja menyiapkan lantai konkrit mengikut kecerunan yang ditentukan agar air dapat mengalir ke saluran air.
31 Disember 2014—Kediaman C
Seorang pekerja yang berusia 77 tahun memasang kabel optik gentian. Kira-kira 32 kilometer kabel ini akan digunakan dalam projek ini.